top of page
a NGGUK.png
Pendam perasaan
​
Sesetengah orang berkata “Ya” hanyalah untuk mengambil hati orang lain, tidak mahu melukakan hati orang lain atau tidak mahu berkonfrantasi. Mengiakan semua perkara walaupun ia tidak benar bukanlah sesuatu yang baik. Begitu juga memendam perasaan tentang perkara yang diketahui salah atau sukar memberi pandangan terhadap sesuatu perkara tanpa meluahkan apa yang difikirkan bukanlah pilihan yang bijak. Anda sebenarnya menjadi pasif jika bertindak sedemikian.
Pasif menyebabkan rendah diri

Seseorang yang bersifat pasif akan merasa lemah dan tidak bersemangat. Jika anda tidak bersuara untuk menegakkan hak anda, enggan membuat keputusan, atau membiarkan orang lain menentukan hala tuju hidup anda, ia akan menyebabkan anda hilang autonomi. Ini akan menyebabkan anda tidak bebas mengawal kehidupan anda, tidak dapat mengawal apa yang anda hajati dan akhirnya menyebabkan anda merasa rendah diri. Anda akan kalah ditangan individu yang ingin menguasai anda.
​
​
Ciri-ciri seorang yang tegas
Seseorang yang tegas, bukan sahaja tidak bersifat pasif dan mengiyakan sahaja sesuatu perkara yang tidak benar, tetapi, mereka juga berani untuk menyatakan perasaan dan pemikiran yang terbuku, mampu berkongsi pandangan, malah dapat menerima kritikan dan mampu menolak permintaan yang tidak bersesuaian dengan diri secara baik. 
​
Saya ada hak.png
bottom of page