top of page
s.png
 
 
Dua kutub berbeza
Ramai yang mungkin setuju, bahawa menyatakan “Tidak” adalah sukar. Adakah ini benar? Mari kita analisa.“Ya” dan “Tidak” adalah dua kutub yang berbeza yang saling berkait antara satu sama lain. Apabila anda berkata “Ya” kepada sesuatu perkara, sebenarnya anda berkata “Tidak” kepada perkara yang lain. Cuba anda analisa contoh yang diberi sebelum ini:

Jika anda berkata “Ya” kepada arahan menyiapkan tugasan berlebihan yang diberi oleh bos anda, anda sebenarnya menyatakan “Tidak” kepada keperluan mental anda untuk berehat.

Jika bersifat pasif, anda seolah-olah berkata “Ya” kepada perbuatan membuat bising dan “Tidak” kepada sifat menghormati penceramah yang memberi syarahan.
​
Dalam kedua-dua senario, secara tidak langsung anda telah berkata “Tidak” kepada perkara positif dan berkata “Ya” kepada perkara negatif. Sudah pasti pilihan ini tidak bijak.
ying yang.png
Mempunyai visi jangkamasa panjang.

Sebenarnya, apabila anda berkata “Ya” kepada perkara yang negatif, anda hanya memudahkan kehidupan anda seketika pada masa itu, tetapi menyusahkan kehidupan yang akan datang! Maka, tegaslah supaya anda dapat mencapai visi jangka panjang anda.
Tips berkata “Tidak”

Sebelum anda berkata “Ya” atau “Tidak”, anda perlu:

ï‚· Tanamkan di minda - Berkata “Tidak” tidak salah
 
Setelah menganalisa contoh yang diberi sebelum ini, anda perlu ada kesedaran bahawa berkata “Tidak” kepada perkara negatif adalah tidak salah, ia bukanlah bermaksud anda mengambil hak orang lain, dan anda bukan seorang yang agresif
ï‚· Dengar dengan teliti terlebih dahulu

Sebelum anda menyuarakan sesuatu pandangan, dengar dengan teliti (active listening) apa yang diperkatakan oleh seseorang terlebih dahulu. Beri perhatian dengan baik adalah penting supaya komunikasi dengan orang lain tidak terjejas. Ini dapat mengelakkan salah faham. Setelah anda tahu butiran yang disampaikan, barulah anda menyuarakan pandangan anda.
ï‚· Guna medium yang anda selesa

Jika anda seorang yang terlalu pasif dan sukar bersemuka untuk menyatakan “Tidak”, gunalah medium komunikasi yang anda selesa. Di zaman yang canggih ini, anda boleh berkomunikasi melalui email, pesanan ringkas dan pelbagai medium lain untuk menyatakan hasrat anda. Namun, bersemuka adalah komunikasi terbaik.
ï‚· Memberi masa yang sepatutnya

Anda mungkin perlu masa untuk memberi jawapan. Keputusan mungkin boleh dilengahkan untuk anda berfikir dengan baik. Tapi ingat, jangan berlengah terlalu lama, kerana ini menambah tekanan kepada anda.
ï‚· Beri alternatif jika perlu

Semasa memberi alasan, anda boleh memberi alternatif lain, jika perlu. Contohnya, jika anda terlalu dibebankan dengan tugas berbanding orang lain, anda boleh mencadangkan tugasan diberi kepada orang lain.
bottom of page