top of page
Yakin bergaya.png
Formula 3P
 
TIGA perkara penting untuk berkomunikasi dengan TEGAS:
 
           ï‚· Postur badan
           ï‚· Pandangan mata
           ï‚· Pergerakan badan

Postur badan
Pastikan ketrampilan anda bertepatan dengan aktiviti yang dihadiri. Pastikan postur badan anda tegak berdiri berhadapan dengan orang yang berkomunikasi dengan anda. 
 
Jika anda berdiri, berdirilah dengan tegak bergaya dengan postur yang lurus dan tangan yang terbuka. Pastikan anda tidak membongkok.  Jika anda duduk, pastikan anda duduk dengan tegak.
​
Pandangan mata
Pandang tepat kepada individu yang berkomunikasi dengan anda. Jika anda berada di hadapan khalayak ramai, pastikan anda fokuskan pandangan bergilir-gilir dari satu kawasan ke kawasan yang lain.  Jangan tundukkan pandangan anda. Pastikan tiada halangan di antara anda dengan inidvidu yang berkomunikasi. Berikan perhatian anda kepada individu yang difokuskan. Analisa setiap pemerhatian anda dengan teliti.
​

Pergerakan badan

Anda harus bijak menggunakan ruang dengan baik dengan bergerak dengan sewajarnya jika perlu. Ada ketikanya anda hanya perlu berada di tempat anda.

 

Pastikan anda selesa dengan pergerakan anggota badan anda untuk memastikan mesej yang disampaikan tepat. Contohnya. "Thumb-up" untuk menanda anda setuju dan sangat menyukai sesuatu. Mengaggukkan kepala jika setuju. 

​

Bahasa tubuh (body language) amat penting dalam komunikasi. 

​

​

Gaya tubuh.png
bottom of page